Website MalaysiaFx Versi Kedua
Salam sejahtera.
Seperti yang dirancang sejak penhujung tahun lepas, akhirnya fasa terakhir untuk website malaysiafx versi kedua telah siap sepenuhnya. Mengikut perancangan, kami sepatutnya melancarkan pada bulan jun/julai tahun ini, namun disebabkan pertukaran platform yang sangat lancar tanpa sebarang masalah yang besar, ini menyebabkan proses naik taraf website berjalan lebih cepat berbanding plan kami.
Terdapat banyak pembaharuan pada website baru ini. Untuk info selanjutnya, sila click link di bawah
http://www.malaysiafx.org/index.php?view=article&id=180
Antara perubahan baru yang telah dibuat ialah.
1. Platform telah diupgrade ke Joomla 1.5.10 yang lebih stabil dan lebih laju berbanding platform 1.5.9 sebelum ini.
2. Komponen komponen seperti forum, profile dan sebagainya dinaiktaraf ke versi baru
3. Pendaftaran telah dipermudahkan. Kini hanya nama, username, password, email dan negeri sahaja diperlukan untuk registration.
4. Template baru yang lebih dinamik. Antara kelebihan template baru.
- Font yang boleh dikecilkan dan dibesarkan. Anda boleh membesarkan atau mengecilkan font untuk kesesuaian screen anda di bahagian atas sekali website ini.
- Module boleh dibuka dan ditutup untuk keselesaan anda. Anda hanya perlu menekan butang " - " pada hujung module untuk menutup dan butang " + " untuk membuka semula
dan banyak lagi perubahan perubahan kecil dibuat. Diharapkan kemudahan baru ini dapat memudahkan anda melayari website ini.






